Merupakan satu destinasi terbaik untuk disinggahi oleh sesiapa sahaja, samada bersama keluarga, sahabat handai, komuniti mahupun pelajar sekolah. Antara pakej yang di tawarkan di sini sangat menarik kerana ia bersesuaian dengan citarasa semasa. Terdapat 3 jenis chalet yang ditawarkan di sini iaitu “Family Chalet” ,”Double Chalet” , “Triple Chalet” , “Twin Deluxe” dan “Single Chalet”. Bagi mereka yang gemarkan suasana perkhemahan, di sini juga ada disediakan tapak perkhemahan yang luas dan selesa untuk semua disamping kemudahan tandas yang bersih. Selain itu, untuk memeriahkan lagi keadaan, juga ada menyediakan pakej hari keluarga dan pakej sukaneka untuk memastikan hari-hari anda di sini dapat diisi sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti bersama. Di sini, terdapat juga Gunung Arong, yang membolehkan para penggemar aktiviti lasak untuk mendaki gunung tersebut bagi menikmati keindahan alam semula jadi.

Double Bed RM 100 Single Bed RM 120 Family Room RM 550