Misi
Menjadi organisasi yang mampu memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan berkualiti untuk dilaksanakan dengan adil, mesra dan bertoleransi sesuai dengan slogan Majlis Daerah Mersing “Perkhidmatan Untuk Rakyat”.
Visi
Ke arah bandar Mersing bandar pelancongan yang bersih, indah dan menawan.
SEJARAH PENUBUHAN DAN LATAR BELAKANG
Sebelum Majlis Daerah Mersing ditubuhkan, terdapat beberapa Penguasa Tempatan kecil yang diwujudkan iaitu :
Semua Penguasa Tempatan ini menggunakan Enakmen 118 dan “Authorities Local Election Ordinance 1951” sebagai asas pengurusan dan pentadbiran masing-masing.Walau bagaimanapun Enakmen di atas telah dimansuhkan setelah berkuatkuasanya Seksyen 10 Akta 124 (Akta Kerajaan Peruntukan Sementara 1973). Perintah di bawah Seksyen 10 merangkumi perkara-perkara berikut :-
Selain ibu pejabat di bandar Mersing, pejabat cawangan juga dibuka untuk kemudahan orang ramai iaitu di Pekan Endau dikenali sebagai Pejabat Majlis Daerah Mersing Cawangan Endau dengan menempatkan seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) yang peranannya lebih kepada menerima hasil-hasil MDM seperti bayaran cukai harta dan lesen perniagaan. Bagi penduduk di Pekan Jemaluang, semua pembayar cukai dan pelesen menjelaskan bil bayaran mereka di Ibu Pejabat di bandar Mersing.
KELUASAN KAWASAN MAJLIS DAERAH MERSING
Jumlah keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Mersing ialah 9.27 batu persegi atau 24.014km persegi dan kawasan kawalan (40 rantai di kiri dan kanan jalan persekutuan) ialah 70.05 batu persegi atau 181.426km persegi.
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing telah menggariskan beberapa objektif yang menjadi panduan kepada organisasi iaitu :-
1. Meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengurusan dalam membina serta menyusun sebuah perbandaran yang membangun dan berdaya maju.
2. Menjadikan Majlis Daerah Mersing sebagai PBT yang competent dari segi perancangan yang bersistematik dan mempunyai unjuran pembangunan yang tepat seimbang.
3. Meningkatkan tahap peranan Majlis kearah satu peranan yang lebih aktif dalam penyediaan projek-projek infrastruktur yang berkualiti, kemudahan awam yang menarik dan kawasan rekreasi yang indah.
4. Meningkatkan tahap kawalan dan pemeliharaan kesihatan, keselamatan, keindahan alam sekitar dan keharmonian bangsa.
5. Menjadikan Majlis sebagai penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi dan sosio-budaya ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemiskinan.
6. Menjadikan Majlis Daerah Mersing sebagai satu badan yang berotonomi kewangan penuh dan mampu berdikari.