MAJLIS DAERAH MERSING
NO.1, JALAN TUN DR. ISMAIL, 86800 MERSING, JOHOR DARUL TA’ZIM

IKLAN KEKOSONGAN GERAI/PREMIS

TARIKH IKLAN: 04 JUN 2024 (SELASA) HINGGA 18 JUN 2024 (SELASA)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

1. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas.
2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
3. Pemohon yang bermastautin dalam Daerah Mersing adalah diberi keutamaan.
4. Pihak kami berhak untuk menolak permohonan sekiranya pemohon memberi keterangan palsu.

5. Menggunakan ‘Borang Permohonan Sewaan Gerai/Harta Majlis Daerah Mersing’ yang boleh didapati di Kaunter Sewaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Mersing.
6. Borang permohonan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan dokumen berikut :
a) Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhisi.
b) Surat kebenaran daripada Jabatan berkaitan. (calon Penjawat Awam)
c) Satu (1) Salinan Kad Pengenalan pemohon.
d) Satu (1) Keping gambar berukuran Pasport.
e) Satu (1) Salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat yang lengkap.
f) Maklumat modal perniagaan. (Penyata Bank terkini)
7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Ali bin Jahan di talian 07-7981818 atau 07-7981980.
8. Sila hantar borang permohonan SEBELUM ATAU PADA 18 JUN 2024 (SELASA)

PERINGATAN :

Dimaklumkan bahawa pihak kami berhak untuk tidak memproses atau menolak permohonan yang sama.
Segala permohonan yang lengkap diisi akan diproses untuk dipanggil temuduga. Makluman temuduga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temuduga atau melalui panggilan telefon.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
04 JUN 2024