Pemanggil Holiday Claimed

 

Be the first to review

Pulau Pemanggil terletak di dalam daerah Mersing,Johor. Jarak antara Mersing ke Pulau Pemanggil 53KM. Terdapat pelbagai resort di Pulau Pemanggil. Antaranya ialah Pemanggil Holiday Resort. Resort ini diusahakan oleh anak tempatan Pulau Pemanggil. Kebanyakan pelancong yang datang untuk memancing. Tetapi, ada juga yang datang untuk berehat bersama keluarga, mengadakan kursus@ seminar, scuba diving dan sebagainya. Pemanggil Holiday Resort sesuai kepada pelancong yang ingin mencari ketenangan. Yang mahu lari dari kesibukan kota. Resort ini juga memberi pelbagai kemudahan. Contohnya ; memberi kemudahan penginapan chalet,bot untuk disewa, dan tempahan makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pihak Resort juga ada menyediakan barbeque pada malam akhir. Ianya bergantung kepada permintaan pelancong. Tapi ingat, perlu membuat tempahan awal2. Kebanyakan pelancong yang datang dari dalam negeri Johor, Negeri Sembilan,Melaka,Kuala Lumpur dan lain-lain lagi. Terdapat juga pelancong yang datang dari Singapura. Kebanyakan yang datang semuanya adalah kaki pancing. Pulau Pemanggil mempunyai banyak lubok ikan. Antara ikan yang ada di Pulau Pemanggil ialah ikan barakuda, ikan tenggiri,ikan tongkol,ikan kerapu,ikan merah, dan pelbagai lagi.

Standard room from RM 50