Siapalah yang tak kenal Mersing Johor, terutama sekali pencinta alam semula jadi kerana di sinilah 1001 tarikan pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah tak terkata dapat dilihat dan dinikmati sehinggakan ianya menjadi tempat kunjungan pilihan bukan sahaja orang Malaysia tapi juga daripada luar negara.

Salah satu tarikan indah yang terdapat di Mersing ini adalah Pantai Air Papan yang terletak di Kampung Air Papan.

Ada yang tertanya-tanya kenapa kawasan pantai ini dinamakan Kampung Air Papan? Berdasarkan kisah yang disampaikan daripada penduduk kampung, Kampung Air Papan mendapat namanya kerana pada suatu ketika dulu ramai penduduk akan datang ke sebuah pancuran air yang terdapat di tepi bukit berdekatan dengan kilang papan.

Untuk mengambil air ini, mereka menggunakan papan untuk dijadikan alas pada pancuran tersebut, begitulah kisahnya.