MAJLIS DAERAH MERSING

KENYATAAN SEBUT HARGA

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti berikut

2. Naskah Meja sebut harga boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan , Pejabat Majlis Daerah Mersing, No.1, Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim pada waktu pejabat mulai 19 November 2025 (Rabu) sehingga 26 November 2025 (Rabu).

3.Naskah sebut harga akan diberi secara hardcopy.

4. Bayaran bagi dokumen sebut harga hendaklah dibuat dalam bentuk sepertimana senarai di bawah dan dibayar atas nama Majlis Daerah Mersing:
a) Draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau;
b) Kiriman wang pos (money order) atau;
c) Wang kiriman pos berpalang (postal order) – tidak menerima wang RM1 atau;
d) Bayaran secara dalam talian (online banking) melalui kaedah INSTANT TRANSFER – Public Bank, No. Akaun : 3993187506.

WANG TUNAI ATAU CEK TIDAK DITERIMA SELARAS DENGAN KETETAPAN
1PP-PK2 PERENGGAN 8(iii) (e) (5)

5. Bagi sebut harga yang melibatkan taklimat dan lawatan tapak, hanya penama yang tercatat di dalam sijil sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil.

WAKIL BAGI LAWATAN TAPAK TIDAK DIBENARKAN SELARAS DENGAN KETETAPAN 1PP-PK2.1 PERKARA 7 (iv) (b) (8)

6. Peraturan am untuk hadir bagi pendaftaran penyertaan ke pejabat Majlis Daerah Mersing (tidak dibenarkan masuk jika tidak dipatuhi) :
a) Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk bagi setiap syarikat;
b) Mengisi borang pendaftaran kehadiran;

7. Dokumen Tawaran sebut harga yang telah dicetak dan lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga pada 26 November 2025 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari di alamat Yang Dipertua, Pejabat Majlis Daerah Mersing, No.1, Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim.

YANG DIPERTUA

PEJABAT MAJLIS DAERAH MERSING

NO 1, JALAN TUN DR. ISMAIL,

86800 MERSING,

JOHOR DARUL TA’ZIM

Tarikh Iklan Dikeluarkan: 14 November 2025