
MAJLIS DAERAH MERSING
KENYATAAN TENDER
- Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/ PUKONSA / UPKJ di bawah kod bidang yang ditetapkan sebagaimana Jadual 1 dan memenuhi syarat seperti berikut:
- Berdaftar dengan Pejabat Majlis Daerah Mersing bagi tahun 2026 dan;
- Membawa Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang belum tamat tempoh sah laku dan;
- Membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB yang belum tamat tarikh tempoh habis perakuan dan;
- Membawa Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang belum tamat tarikh tempoh habis perakuan dan;
- Membawa Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja (Pusat Khidmat Kontraktor oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) yang belum tamat tempoh sah laku dan;
- Membawa Sijil Pematuhan Cukai – Tax Compliance Certificate (TCC) yang belum tamat tempoh sah laku dan berstatus : PATUH dan;
- Membawa cop syarikat terkini.

2. Tender yang melibatkan taklimat/lawatan tapak/premis, hanya penama di dalam sijil sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan.
WAKIL BAGI LAWATAN TAPAK TIDAK DIBENARKAN SELARAS DENGAN KETETAPAN 1PP-PK2.1 PERKARA 9.12 (viii)
3. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan, Pejabat Majlis Daerah Mersing, No.1, Jalan Tun Dr Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim pada waktu pejabat mulai 17 Ogos 2026 (Isnin)sehingga 01 September 2026 (Selasa).
4. Dokumen Tender akan diberi dalam bentuk hardcopy.
5. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk sepertimana senarai di bawah dan dibayar di atas nama Majlis Daerah Mersing:
a) Draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau;
b) Kiriman wang pos (money order) atau;
c) Wang kiriman pos berpalang (postal order) – tidak menerima wang RM1 atau;
d) Kad debit/kredit atau;
e) Bayaran secara dalam talian (online banking) – INSTANT TRANSFER (Public Bank, No. Akaun : 3993187506).
WANG TUNAI ATAU CEK TIDAK DITERIMA SELARAS DENGAN KETETAPAN
1PP-PK2.2 PERENGGAN 8.5
6. Peraturan am untuk hadir bagi pendaftaran penyertaan ke pejabat Majlis Daerah Mersing (tidak dibenarkan masuk jika tidak patuhi):
a) Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk bagi setiap syarikat;
b) Mengisi borang pendaftaran
7. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi beserta dokumen wajib dan dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran pada 08 September 2026 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari di alamat:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO. 1, JALAN TUN DR ISMAIL,
86800 MERSING, JOHOR DARUL TA’ZIM.