BAHAGIAN PENGUATKUASAAN & UNIT LETAK KERETA

[UNIT LETAK KERETA]

Bertanggungjawab dalam pengurusan Tempat Letak Kereta di Majlis Daerah Mersing.

Perkhidmatan yang boleh diperolehi di Unit Letak Kereta adalah:

  • Jualan pelbagai jenis kupon letak kereta kepada ejen-ejen kupon.
  • Jualan pas bulanan letak kereta.
  • Penyewaan petak khas dan petak kosong kepada syarikat.
  • Penyewaan petak sementara jika tidak melibatkan penggunaan khemah dan kren kepada individu atau syarikat.

Kemudahan Perkhidmatan:

PENGENALAN

Unit Letak Kereta adalah bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan tempat letak kereta dalam kawasan Majlis Daerah Mersing

TUJUAN

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Majlis Daerah Mersing untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut :

  • Mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletakkan kereta;
  • Mengawal perletakan kereta-kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas.

SISTEM KUTIPAN YANG DIGUNAKAN

Majlis Daerah Mersing menggunakan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai 1 Januari 2014.

CARA MENDAPATKAN KUPON
Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh Majlis Daerah Mersing di seluruh kawasan Majlis Daerah Mersing;

  • Setiap ejen yang dilantik akan dibekalkan dengan papan tanda atau pelekat sebagai pengenalan.

CARA MENGGUNAKAN KUPON

Sila goreskan 5 bahagian bagi tahun, bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan kemudian pamerkan di atas “dashboard”: 

  • Jika lebih dari satu kupon dipamerkan untuk satu jangkamasa, maka masa bagi kupon kedua dikira dari berakhirnya masa kupon pertama;
  • Kesilapan menggores kupon ini dianggap batal dan boleh dikompaun.

KESALAHAN-KESALAHAN

  1. Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon;
  2. Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh/tidak sah;
  3. Mempamerkan kupon letak kereta di dalam kenderaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan;
  4. Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul;
  5. Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta;
  6. Menghalang petak letak kereta;
  7. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu lintas;
  8. Berniaga di tempat letak kereta;
  9. Meletakkan kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba;
  10. Meletakkan kenderaan bermotor di kawasan kaki lima/siar kaki;
  11. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.

DENDA

Di mana kesalahan-kesalahan di atas boleh apabila disabitkan, didenda tidak lebih daripada RM300.00 dan apa-apa kos yang terhutang dan perlu dibayar seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 40, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Mersing (pindaan) 2015.