Suntikan Imunisasi Tifoid Untuk Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan wajib mendapatkan suntikan Tifoid (Ty2)

Bayaran sebanyak RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) seorang, bayaran boleh dibuat di pejabat Majlis Daerah Mersing.

Selepas pembayaran dibuat, pengendali makanan boleh mendapatkan suntikan seperti ketetapan berikut:

Tempat:Klinik Mersing Kanan
Masa:8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Hari:Setiap hari Khamis sahaja

Sila bawa sekeping gambar berukuran passport untuk ditampal pada kad suntikan. Kad ini sah untuk tempoh 3 tahun dari tarikh suntikan.

Penguatkuasaan dan saman akan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan Tifoid ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Suraya Hani binti Kliwon (Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran)

077981818 (sambungan 126)