COVID 19 SOP PELANCONGAN BIL 1/2021
NOTIS PEMBERITAHUAN
SEKTOR PELANCONGAN DAERAH MERSING
***********************************************************
MAJLIS DAERAH MERSING
NO 1, JALAN TUN DR. ISMAIL
86800 MERSING, JOHOR DARUL TA’ZIM
******************************************************************
KEPADA : SEMUA PEMILIK / PENGUSAHA PERNIAGAAN BERKAITAN PELANCONGAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2021 (RABU)
Pihak Kerajaan telah mengisytiharkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) – SOP FASA 2 berkuat kuasa mulai 24 SEPTEMBER 2021.
Sehubungan itu, pusat/ premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba dibenarkan beroperasi bermula 1 OKTOBER 2021 (JUMMAT) terhad kepada pengunjung daripada dalam NEGERI JOHOR sahaja.
Majlis Daerah Mersing telah mengemaskini pelaksanaan arahan ini mengikut lokaliti di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Mersing dengan pematuhan sepenuhnya berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP) dan HANYA MEMBENARKAN premis atau pengusaha yang MEMPUNYAI LESEN PERNIAGAAN DARI MAJLIS DAERAH MERSING YANG SAH SAHAJA untuk beroperasi.
Aktiviti premis perniagaan atau aktiviti perniagaan yang DIBENARKAN BEROPERASI sepanjang tempoh mengikut had waktu operasi yang telah ditetapkan adalah sebagaimana ketetapan berikut:
1. HOTEL/ RESORT/ CHALET/ HOMESTAY/ RUMAH TUMPANGAN/ RUMAH INAP
a. PENGINAPAN :
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
ii. Menyediakan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
iii. Memastikan setiap pekerja yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera.
iv. Kemudahan hand sanitizer di kawasan umum dan lobi masuk.
v. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Don’ts” di kawasan strategik premis sebagai panduan.
vi. Penandaan jarak 1 meter di ruang menunggu, kerusi, lif dan susun atur meja.
vii. Pekerja hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa bertugas.
viii. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah di buang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
ix. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
x. Melantik penyelaras di kalangan pekerja untuk tindakan pencegahan wabak Covid-19 di premis.
xi. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala.
xii. Pembersihan housekeeping dan general waste dilaksanakan seperti biasa.
xiii. Pembersihan dan nyah kuman fasiliti umum dilaksanakan 3 kali sehari.
xiv. Pembersihan dan nyah kuman bilik penginapan dilaksanakan secara teratur dan direkodkan.
xv. Sentiasa amalkan penjarakan sosial serta langkah pencegahan jangkitan.
i. Digalakkan membuat tempahan bilik secara atas talian.
ii. Belum lengkap vaksinasi TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan kemudahan ini. Pelanggaran syarat ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 171 dan Akta 342.
iii. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah boleh menggunakan fasiliti ini bersama penjaganya dengan syarat penjaga telah lengkap vaksinasi.
iv. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha semasa proses daftar masuk.
v. Orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN menggunakan kemudahan ini.
vi. Hendaklah mengambil suhu dan mendaftar masuk MySejahtera setiap kali keluar masuk premis.
vii. Mereka yang bergejala TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan kemudahan ini.
viii. Dikehendaki terus pergi ke fasiliti kesihatan yang berdekatan sekiranya menunjukkan gejala Covid-19/ demam semasa menginap dan memaklumkan kepada pihak premis menginap sekiranya positif.
ix. Memakai pelitup muka apabila berada di ruang awam premis penginapan.
x. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah dibuang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
xi. Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak bersentuhan apabila berada di ruang awam.
xii. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
b. KOLAM RENANG :
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
ii. Melantik penyelaras di kalangan pekerja untuk tindakan pencegahan wabak Covid-19 di premis.
iii. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala
iv. Menyediakan kemudahan hand sanitizer.
v. Keselamatan: Mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
vi. Kualiti Air: Parameter dan nilai piawai bagi kualiti air perlu mematuhi Garis Panduan Pemantauan Kualiti Air Kolam Renang yang terkini dan Undang-undang Kecil yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
vii. Petugas / Lifeguard: Memastikan penempatan petugas / lifeguard di satu-satu tarikan permainan air bagi mengawal bilangan pengguna pada satu-satu masa, memantau penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.
viii. Ujian Klorin: Pastikan ujian klorin air dalam kolam dilakukan setiap 2 jam operasi.
ix. Pembersihan dan disinfeksi peralatan: Memastikan peralatan kolam renang dibersihkan dan didisinfeksi sebelum menerima pengguna.
x. Pembersihan dan sanitasi tandas, bilik mandi dan bilik persalinan serta tempat yang kerap disentuh sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
xi. Penguatkuasaan: Pengguna yang melanggar SOP boleh diarah / dilarang dari berada di kawasan kolam renang.
xii. Pengoperasian kolam renang hotel perlu merujuk SOP berkaitan kolam renang di bawah Kementerian berkaitan.
xiii. Menggalakkan tempahan masa bagi penggunaan kolam renang oleh tetamu.
xiv. Menetapkan penggunaan kolam renang secara berfasa dan ada had masa serta had bilangan pengguna dengan menandakan parameter kawasan sekeliling kolam renang agar tetamu dijarakkan satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter.
xv. Menetapkan penggunaan fasiliti ini hanya untuk in-house guest.
xvi. Suhu tetamu / pelanggan hendaklah diperiksa sebelum menggunakan fasiliti ini.
xvii. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Hanya untuk in-house guest dibenarkan untuk menggunakan fasiliti ini.
ii. Pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit untuk pengesanan kontak rapat.
iii. Pelanggan wajib mempamerkan sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha sebelum masuk.
iv. Tetamu / pelanggan hotel perlu memeriksa suhu sebelum masuk ke kolam renang.
v. Individu hendaklah telah lengkap vaksin, dan bagi mereka yang di bawah umur 17 tahun boleh turut bersama ibubapa/ penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksin.
vi. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib atau baru kembali dari luar negara serta bergejala adalah tidak dibenarkan menggunakan fasiliti ini.
vii. Pengunjung perlu mematuhi SOP bagi pengoperasian kolam renang hotel sebagaimana yang telah ditetapkan.
viii. Pengunjung perlu membuat tempahan masa terlebih dahulu bagi penggunaan kolam renang.
ix. Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan mengamalkan SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan.
x. Pengguna perlu mandi sebelum dan selepas selesai semua aktiviti air.
xi. Golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sejarah penyakit kronik tidak digalakkan menggunakan fasiliti ini.
xii. Larangan Berkongsi Peralatan: Semua peralatan dilarang berkongsi (tuala, botol air minuman, makanan, pakaian dan apa-apa peralatan peribadi).
c. RESTOREN/ CAFE :
• WAKTU OPERASI : 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
ii. Menyediakan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
iii. Memastikan setiap pekerja yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera.
iv. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
v. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala.
vi. Menyediakan kemudahan hand sanitizer di kawasan umum dan sabun di tempat membasuh tangan.
vii. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Don’ts” di kawasan strategik premis sebagai panduan.
viii. Perkhidmatan dine-in adalah untuk tetamu yang telah lengkap vaksinasi dan tidak bergejala sahaja.
ix. Pemilik premis perniagaan MESTI memaparkan notis penerimaan pelanggan hanyalah untuk yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis.
x. Perkhidmatan buffet adalah TIDAK DIBENARKAN.
xi. Boleh menerima tetamu secara berkumpulan dengan syarat penjarakan sosial dan maksima 50% daripada kapasiti biasa.
xii. Waktu makan boleh dibuat secara berkala/ berjadual untuk mengelakkan kesesakan/ orang berkumpul.
xiii. Aktiviti dine-in dengan kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 2 – Perdagangan Pengedaran.
xiv. Susunan meja disusun atur jarak 2 meter antara meja dan 1 meter antara kerusi.
xv. Pengusaha perlu menyediakan pelekat pada tempat duduk bagi tujuan penjarakkan sosial.
xvi. Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik.
xvii. Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala sahaja dibenarkan bekerja dengan kadar vaksinasi berikut:
– 40% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.
– 60% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja.
– 80% : Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja.
xviii. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
xix. Pekerja hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa bertugas.
xx. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah di buang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
xxi. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu.
ii. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha sebelum masuk.
iii. Perlu memeriksa suhu sebelum masuk. Pelanggan yang bergejala atau suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk.
iv. Belum lengkap vaksinasi TIDAK DIBENARKAN dine-in. Pelanggaran syarat ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 171 dan Akta 342.
v. Ibu bapa/penjaga yang TELAH LENGKAP VAKSINASI DIBENARKAN membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah ke premis/ aktiviti tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
vi. Ibu/bapa/ penjaga hendaklah sentiasa memastikan agar anak-anak/jagaan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
vii. Sentiasa memantau tahap kesihatan diri sendiri dengan memastikan tahap kesihatan semasa dan berstatus low risk (risiko rendah) melalui aplikasi MySejahtera.
viii. Memakai pelitup muka di kawasan awam.
ix. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan.
d. LOUNGE
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
ii. Menyediakan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
iii. Memastikan setiap pekerja yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera.
iv. Pelanggan yang telah lengkap vaksinasi sahaja yang dibenarkan.
v. Menyediakan kemudahan hand sanitizer di kawasan umum
vi. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Don’ts” di kawasan strategik premis sebagai panduan.
vii. Menghadkan bilangan pengguna pada satu-satu masa dan setiap peralatan yang ada perlu disinfeksi selepas digunakan.
viii. Pekerja hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa bertugas.
ix. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah di buang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
x. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu.
ii. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha sebelum masuk.
iii. Pelanggan yang telah lengkap vaksinasi sahaja yang dibenarkan.
iv. Perlu memeriksa suhu sebelum masuk. Pelanggan yang bergejala atau suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk.
v. Mengekalkan jarak di antara pengguna yang lain.
vi. Sentiasa menggunakan hand sanitizer.
e. GIMNASIUM
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Pekerja mestilah mempunyai vaksin lengkap, bukan kes positif COVID-19, bukan kontak rapat kepada kes positif dan tidak bergejala.
ii. Mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
iii. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
iv. Menyediakan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
v. Memastikan setiap pekerja yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera.
vi. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala.
vii. Hanya membenarkan pelanggan yang telah lengkap vaksinasi sahaja.
viii. Menyediakan kemudahan hand sanitizer di kawasan di tempat strategik di dalam gimnasium.
ix. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Don’ts” di kawasan strategik premis sebagai panduan.
x. Perlu mengambil dan rekod suhu badan tetamu/pelanggan dalam buku daftar khas sebelum masuk ke bilik gimnasium.
xi. Menghadkan bilangan pengguna pada satu-satu masa dan setiap peralatan gimnasium perlu disinfeksi dan nyah-kuman selepas digunakan.
xii. Tidak dibenarkan berkumpul di kawasan umum/rehat.
xiii. Pekerja hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa bertugas.
xiv. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah di buang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
xv. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
xvi. Pengusaha mesti menggunakan peralatan pakai buang bagi menjaga kebersihan seperti cawan minuman.
xvii. Golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas tidak dibenarkan menggunakan fasiliti di gimnasium.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu.
ii. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha sebelum masuk.Pelanggan yang telah lengkap vaksinasi sahaja yang dibenarkan.
iii. Perlu memeriksa suhu sebelum masuk. Pelanggan yang bergejala atau suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk.
iv. Sentiasa membersihkan diri selepas selesai menggunakan peralatan di gymnasium.
v. Mengekalkan jarak di antara pengguna yang lain.
vi. Sentiasa menggunakan hand sanitizer sebelum menggunakan peralatan di gymnasium.
vii. Sentiasa merekodkan kehadiran di gymnasium bagi memudahkan pemantauan oleh pihak hotel/penginapan.
f. SPA/SAUNA
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Operasi spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah divaksin bermula 1 Oktober 2021 (Jumaat).
ii. Pekerja mestilah mempunyai vaksin lengkap, bukan kes positif COVID-19, bukan kontak rapat kepada kes positif dan tidak bergejala.
iii. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
iv. Hanya membenarkan pelanggan yang ada janji temu sahaja, walk-in tidak dibenarkan.
v. Mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
vi. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala.
vii. Menyediakan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
viii. Memastikan setiap pekerja yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera.
ix. Menyediakan kemudahan hand sanitizer di dalam spa.
x. Memakai sarung tangan (jenis pakai buang), pelitup muka, dan face shield semasa menjalankan aktiviti.
xi. Menggantikan (termasuk sarung tangan, alas katil atau tilam atau kerusi) dan menyuci hama peralatan termasuk face shield) bagi setiap pelanggan.
xii. Pekerja perlu mencuci tangan dengan sabun setiap kali habis satu sesi.
xiii. Memastikan sistem pengudaraan diselenggara mengikut jadual.
xiv. Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Don’ts” di kawasan strategik premis sebagai panduan.
xv. Perlu mengambil dan rekod suhu badan tetamu/pelanggan dalam buku daftar khas sebelum masuk ke spa.
xvi. Menghadkan bilangan pengguna pada satu-satu masa
xvii. Setiap peralatan yang digunakan perlu disinfeksi dan nyah kuman selepas digunakan.
xviii. Tidak dibenarkan berkumpul di kawasan umum/rehat.
xix. Pekerja hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa bertugas.
xx. Pelitup muka yang telah digunakan mestilah di buang ke dalam tong sampah bertutup untuk tujuan pelupusan.
xxi. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan.
xxii. Pengusaha mesti menggunakan peralatan pakai buang bagi menjaga kebersihan seperti cawan minuman.
xxiii. Pemantauan oleh MOTAC termasuk:
a. Pengusaha SPA perlu mengisytiharkan jumlah pekerja telah lengkap vaksin dan dikemukakan kepada MOTAC sebelum dibenarkan beroperasi.
b. Program Kendiri Pematuhan SOP terutamanya ventilasi dalam premis.
c. Pemeriksaan pemantauan secara spot check dan berkala dilakukan oleh MOTAC.
d. Saringan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala ke atas pekerja yang
e. bergejala.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu.
ii. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital di MySejahtera kepada pengusaha sebelum masuk.
iii. Perlu memeriksa suhu sebelum masuk masuk. Pelanggan yang bergejala atau suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk.
iv. Sentiasa membersihkan diri selepas selesai mendapatkan perkhidmatan di spa.
v. Mengekalkan jarak di antara pengguna yang lain.
vi. Sentiasa menggunakan hand sanitizer yang disediakan.
vii. Sentiasa merekodkan kehadiran di spa bagi memudahkan pemantauan oleh pihak hotel/penginapan
g. BILIK MESYUARAT/DEWAN/BILIK LATIHAN/BILIK PERBINCANGAN /SURAU FASILITI HIBURAN, BAR DAN PUB :
WAKTU OPERASI : Tidak dibenarkan beroperasi.
2. ISLAND HOPPING/ SNORKELING/ SELAM SKUBA/ MEMANCING
• WAKTU OPERASI : Seperti biasa
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PENGUSAHA/ OPERATOR/ PEKERJA :
i. Pengusaha aktiviti pelancongan dan operator bot pelancongan perlu berdaftar dengan Majlis Daerah Mersing.
ii. Hanya pengusaha/ operator yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Majlis Daerah Mersing sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi.
iii. Hendaklah mempamerkan sijil pendaftaran atau lesen perniagaan dari Majlis Daerah Mersing yang sah tempoh.
iv. Sijil pendaftaran atau lesen perniagaan tersebut hendaklah dibawa bersama di dalam bot dan boleh ditunjukkan kepada penguatkuasa sekiranya diminta.
v. Menyediakan kod QR MySejahtera di dalam bot atau buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
vi. Memastikan pekerja dan pelanggan yang hadir membuat saringan suhu dan mendaftar masuk MySejahtera atau mengisi buku pendaftaran kehadiran.
vii. Merekod kehadiran termasuk nama penuh, no telefon dan suhu badan pekerja yang bertugas.
viii. Menyediakan alat saringan suhu badan.
ix. Menyediakan hand sanitizer secukupnya.
x. Pekerja hendaklah memakai pelitup muka.
xi. Menyediakan plastik sampah secukupnya bagi amalan menjaga kebersihan.
xii. Pekerja yang belum lengkap vaksinasi boleh dibenarkan hadir bekerja namun keutamaan diberikan kepada pekerja yang telah LENGKAP 2 DOS VAKSIN. Kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib, baru kembali dari luar negara serta bergejala TIDAK DIBENARKAN BEKERJA.
xiii. Melantik penyelaras di kalangan pekerja untuk tindakan pencegahan wabak Covid-19 di premis.
xiv. Majikan hendaklah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing sekiranya terdapat pekerja yang bergejala.
xv. Sekiranya peralatan berkaitan aktiviti disewa, peralatan perlu dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Penggunaan sabun sudah memadai untuk pembersihan.
xvi. Bot perlu disanitasi dan nyah kuman sepenuhnya selepas tiap kali penggunaan.
xvii. Jumlah penumpang di dalam bot bagi setiap trip yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kapasiti bot dan mengambil kira penjarakan fizikal.
xviii. Operator hanya dibenarkan melalui JETI MERSING, JETI TANJUNG LEMAN DAN JETI PENYABONG bagi menurunkan dan menaikkan penumpang/pelancong untuk aktiviti island hoping/ snorkeling.
xix. Hanya menggunakan jeti yang telah ditetapkan iaitu JETI MERSING untuk aktiviti selam skuba.
xx. Pengusaha selam skuba perlu memastikan hanya pelancong yang mempunyai lesen selam skuba sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti selam skuba.
xxi. Operator hanya dibenarkan melalui JETI TANJUNG LEMAN, JETI PENYABONG DAN JETI TELUK BUIH bagi menurunkan dan menaikkan penumpang/pelancong untuk aktiviti memancing.
xxii. Operator perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan SOP oleh para pelanggan. Sebarang ketidakpatuhan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh di bawah Akta 171 dan Akta 342.
xxiii. Bertanggungjawab untuk membuat semakan terhadap pelanggannya bagi memastikan setiap pelanggan/ pelancong tersebut telah lengkap vaksinasi. Hanya mereka yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk menjalankan aktiviti.
xxiv. Ibu bapa/penjaga yang TELAH LENGKAP VAKSINASI DIBENARKAN membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
xxv. Pengusaha hendaklah membuat hebahan/ taklimat berkaitan langkah-langkah pencegahan penularan penyakit Covid-19 sebelum memulakan perjalanan atau aktiviti.
xxvi. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan.
• SYARAT/ ARAHAN/ SOP KEPADA PELANGGAN/ PELANCONG/ PENGUNJUNG :
i. Digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu.
ii. Digalakkan bagi membuat ujian pengesanan Covid-19.
iii. Belum lengkap vaksinasi atau bergejala TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan kemudahan ini. Pelanggaran syarat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 171 dan Akta 342.
iv. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah boleh menggunakan kemudahan ini bersama penjaganya dengan syarat penjaga telah lengkap vaksinasi dan mematuhi protokol kesihatan umum.
v. Setiap permohonan selam skuba perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Daerah Mersing terlebih dahulu.
vi. Pelancong/ pengunjung yang mempunyai lesen selam skuba sahaja yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti selam skuba.
vii. Kawasan Taman Laut merupakan kawasan larangan bagi aktiviti memancing.
viii. Pelanggan wajib mempamerkan kad atau sijil vaksinasi digital MySejahtera kepada pengusaha bagi tujuan pengesahan vaksinasi.
ix. Alatan berkaitan semasa aktiviti tidak dibenarkan guna secara kongsi.
x. Memastikan penjarakan di dalam bot ketika sedang menjalani aktiviti.
xi. Hanya menggunakan jeti yang telah ditetapkan iaitu JETI MERSING, JETI TANJUNG LEMAN DAN JETI PENYABONG untuk aktiviti island hoping/ snorkeling.
xii. Hanya menggunakan jeti yang telah ditetapkan iaitu JETI MERSING untuk aktiviti selam skuba.
xiii. Hanya menggunakan jeti yang telah ditetapkan iaitu JETI TANJUNG LEMAN, JETI PENYABONG DAN JETI TELUK BUIH untuk aktiviti memancing.
xiv. Pelancong hendaklah sentiasa mematuhi arahan keselamatan ketika sedang menjalani aktiviti island hoping/ snorkeling.
xv. Sentiasa mematuhi tatacara dan garis panduan / SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan.
3. AKTIVITI DAN PROTOKOL
a) VAKSINASI LENGKAP
Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer BioNTech) COVID-19 AstraZeneca (Oxford AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac) Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)) individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua atau;
ii. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson Johnson) dan Convidecia (CanSino)) individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
b) KATEGORI PELANCONG
i. Individu yang telah LENGKAP divaksin Anak anak di bawah umur 17 tahun boleh turut serta melancong bersama sama ibu bapa/ penjaga masing masing yang telah lengkap divaksin (kontak rapat dengan kes positif, orang perseorangan yang dikenakan HSO dan kuarantin wajib atau baru kembali dari luar negara serta bergejala adalah tidak dibenarkan).
ii. Semua warganegara Malaysia.
iii. Bukan warganegara Malaysia terdiri daripada Ekspatriat, Peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H), pelajar antarabangsa di Malaysia, klien Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) termasuk keluarga mereka, individu berstatus Permanent Residents (PR).
iv. Syarat-syarat am :
a. Perlindungan insuran COVID-19 amat digalakkan
b. Tiada had umur Individu bawah 17 tahun perlu bersama ibu bapa/ penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
c. Saringan COVID 19 perlu bagi yang bergejala.
c) UJIAN PENGESANAN COVID-19
i. Pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti pelancongan ke Pulau – Pulau Daerah Mersing digalakkan menjalani ujian pengesanan COVID 19 sebelum memulakan perjalanan melalui kaedah berikut:
1. Menjalani ujian pengesanan COVID 19 (RT PCR atau RTK Antigen) di mana mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di jeti sebelum berlepas atau
2. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke jeti untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan atau
3. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di jeri dan menjalani ujian pengesanan di situ.
ii. Pelancong termasuk anak anak/ tanggungan berusia 7 hingga 17 tahun dikehendaki melakukan ujian pengesanan ini Manakala, bagi kanak kanak berumur 6 tahun dan ke bawah hanya ujian pengesanan gejala dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva dan kanak kanak ini MESTI bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.
ii. Kos ujian saringan ditanggung sendiri oleh individu berkenaan.
iii. Ujian Pengesanan COVID 19 yang dijalankan dijeti terlibat dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas
iv. Hanya individu yang disahkan negatif melalui ujian saringan ini dibenarkan meneruskan perjalanan ke Pulau-Pulau Daerah Mersing.
d) TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN OLEH PELANCONG
SEBELUM PERJALANAN:
a) Memastikan sijil vaksinasi lengkap tersedia di dalam aplikasi MySejahtera.
b) Memantau tahap kesihatan diri sendiri dengan memastikan tahap kesihatan semasa dan berstatus low risk (risiko rendah) melalui aplikasi MySejahtera.
c) Membuat tempahan lebih awal bagi penginapan/ tarikan/ taman tema dan sebagainya amat digalakkan.
d) Menyediakan bukti tempahan sekiranya diminta untuk semakan di sekatan jalan raya (SJR).
SEMASA PERJALANAN:
a) Memantau tahap kesihatan sendiri, ahli kumpulan pelancong serta tidak bergejala.
b) Wajib memastikan status Profil MySejahtera sentiasa berada pada status low risk (risiko rendah) dan mendaftar masuk MySejahtera di setiap lokasi perhentian/ destinasi.
c) Wajib memakai pelitup muka di kawasan awam dan dalam kenderaan awam.
d) Mematuhi setiap arahan perjalanan dan SOP berkaitan yang sedang berkuatkuasa di setiap destinasi yang dilawati.
SETELAH KEMBALI:
a) Terus memantau tahap kesihatan diri sendiri dan keluarga.
b) Kuarantin diri secara sukarela sekiranya perlu dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya bergejala.
e) TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN OLEH PENGUSAHA PELANCONGAN/ PENYEDIA PERKHIDMATAN PELANCONGAN
PENYEDIA PERKHIDMATAN/ PEMILIK PREMIS/ PRODUK TARIKAN PELANCONG:
a) Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
b) Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
c) Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas.
d) Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain lain).
e) Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan daftar masuk di premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no telefon sekiranya tiada liputan internet.
SEBELUM PERJALANAN:
a) Syarikat Pelancongan Berlesen yang menyediakan perkhidmatan pakej dengan/ tanpa pemandu pelancong dan menaiki kenderaan pelancongan boleh mengemukakan dokumen sokongan secara pukal bagi kumpulan pelancongnya yang dibawa sekiranya perlu dikemukakan di SJR
b) Menyediakan bilik khas/ sickbay bagi pengasingan kecemasan pelancong yang kurang sihat atau bergejala sekiranya berkeperluan sebelum pergerakan dimulakan.
c) Kenderaan pelancongan yang sah berdaftar dan berlesen dengan MOTAC dan Kementerian Pengangkutan boleh bergerak dengan menunjukkan permit kenderaan/ Lesen Perubahan Sementara (LPS) sekiranya diperlukan.
SEMASA PERJALANAN:
a) Memastikan pelancong daftar masuk premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon serta mengimbas suhu badan.
b) Tidak membenarkan kemasukan pelancong dengan suhu badan melebihi 37.5°C dan/atau bergejala serta segera membuat pengasingan.
a) Menyemak dan memastikan status Profil MySejahtera pelanconga adalah low risk (risiko rendah).
b) Menasihati pelancong untuk mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya suhu badan melebihi 37.5°C dan/atau bergejala
c) Memastikan pematuhan ke atas setiap arahan perjalanan dan SOP yang sedang berkuatkuasa di setiap destinasi yang dikunjungi.
SETELAH KEMBALI
a) Mengambil tindakan sewajarnya dengan melaporkan jika terdapat pelancong yang berkunjung ke premis didapati positif COVID-19.
f) KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP BAGI PERIKANAN REKREASI
Aktiviti perikanan rekreasi termasuk di kolam memancing dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam di daerah yang sama.
g) KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP BAGI AKTIVITI PELANCONGAN
Kunjungan secara janji temu bagi pengunjung yang telah lengkap divaksin ke premis dan fasiliti awam kebudayaan seperti muzium galeri arkib pusat kraf tangan memorial, perpustakaan dan kompleks kebudayaan pusat/Kampung Seni Warisan Budaya pentas persembahan budaya DIBENARKAN dengan kapasiti 30% di ruang premis.
h) PERINGATAN TENTANG PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN WABAK PENYAKIT:
i. Semua pemilik/pengusaha premis diminta mengikuti Langkah-Langkah Kerja Pembersihan (Disinfeksi) yang selaras dengan Tatacara Pembersihan Dan Disinfeksi Tempat Awam yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada mana-mana permukaan yang bersentuhan serta alatan yang diguna sama oleh orang ramai terutamanya troli, bakul barangan, tombol pintu, kaunter bayaran, tangga, nozzle pump, dan sebagainya secara kerap atau sebaik-baiknya pada setiap kali digunakan dan merekodkan kerja-kerja disinfeksi tersebut.
ii. Membuat tanda penjarakan 1 meter antara pelanggan dan memasang pita keselamatan mengikut keperluan di premis.
iii. Pemilik/pengusaha diminta menyediakan hand sanitizer, alat penyukat suhu, QR code MySejahtera dan buku rekod pelanggan/pekerja untuk kegunaan pekerja dan pelanggan.
iv. Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki ke dalam premis dan sentiasa memastikan pelanggan memakai pelitup muka.
v. Memantau jarak selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) antara satu dengan yang lain sama ada dalam kalangan pelanggan mahupun pekerja di kawasan premis.
vi. Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
vii. Majikan diwajibkan untuk memastikan semua pekerja memakai pelitup muka (face mask).
viii. Menggalakkan kaedah pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain-lain) bagi premis yang mempunyai kemudahan ini terutamanya pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka.
ix. Menggalakkan sistem temu janji secara dalam talian (online) terhadap pelanggan yang ingin berurusan di premis dan juga sistem pesanan serta penghantaran secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan atau orang ramai berkumpul dalam satu lokasi yang sama dalam tempoh yang panjang.
x. Sentiasa mematuhi had waktu operasi yang dibenarkan.
xi. Melaksanakan lain-lain langkah pencegahan penularan wabak penyakit yang sesuai mengikut panduan dan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
xii. Segala aktiviti yang dibenarkan beroperasi hendaklah dipatuhi dengan SOP ketat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pengusaha-pengusaha premis perniagaan atau aktiviti perniagaan diminta mematuhi arahan ini BERMULA 01 OKTOBER 2021 (JUMAAT) selaras dengan peruntukan kuasa kepada MAJLIS DAERAH MERSING di bawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Pemakluman dan arahan ini dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dipinda jika ada arahan selanjutnya daripada pihak Kerajaan Negeri. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Dengan Arahan;
Yang Dipertua
MAJLIS DAERAH MERSING
s.k :
1. Ketua Bahagian Penguatkuasaan – Tindakan rondaan dan penguatkuasaan.
2. Ketua Polis Daerah Mersing. (Untuk makluman)
3. Pegawai Kesihatan Daerah Mersing. (Untuk makluman)