Projek Johor Wifi telah dilancarkan serentak melibatkan 10 Daerah di Negeri Johor pada 30 Ogos 2015 (Malam Ambang Merdeka).

Projek ini telah berkuatkuasa pada 01 Januari 2016, melibatkan 10 Daerah, 16 PBT dan 13 Projek Perumahan Rakyat di Negeri Johor yang menjadi tumpuan orang awam.

Secara keseluruhanya, pemasangan Hotspot di Negeri Johor adalah 135 Unit di mana di kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Mersing melibatkan 7 lokasi termasuk di Kaunter Bayaran MDM.

Lokasi Johor Wifi di Daerah Mersing:

Cara Penggunaan:

  1. On Wifi
  2. Connect ke Johor Wifi
  3. Sign ke login page Johor Wifi
  4. Klik “Create an account” bagi pendaftaran kali pertama
  5. Lengkapkan butiran yang diminta
  6. Klik “I AGREE CONTINUE SIGN UP”
  7. Masukkan username dan password
  8. Klik “SIGN IN!”

Selamat melayari internet secara berhemah.

Setiap sesi login hanya untuk 30 minit sahaja dengan kelajuan 150kbps.

Anda hendaklah login semula jika ingin meneruskan penggunaan Johor Wifi selepas tempoh 30 minit tadi.