Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.

Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.

Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.

Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.

Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.

Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.

Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Pekan Endau mendapat nama daripada nama seorang peranakan India yang bernama “Endau” yang menetap di situ walaupun kawasan itu pada mulanya dibuka oleh Dato’ Mohd Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.

 

Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau. Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.

 

Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing. Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya “bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat”. Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.

 

Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng “Tinggallah Lu” sehingga terbitlah nama Tenglu.

Mersing merupakan daerah ke-3 terbesar dari segi keluasan tanah di Negeri Johor, iaitu seluas 700,805 ekar atau 283,608 hektar (2,838 kmp). Keluasan ini adalah 14.6% daripada keluasan seluruh Negeri Johor. Ianya juga mempunyai bilangan penduduk seramai 69,947 orang menurut Jabatan Perangkaan Johor 2001.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu.

Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.

Mersing merupakan daerah ke 3 terbesar dari segi keluasan tanah di Johor iaitu seluas 283,608 ha (2838 kmp) dengan jumlah penduduk 69,947.

BIL

KAUM

JUMLAH PENDUDUK

PERATUS

1.

Melayu

53,160

76%

2.

Cina

10,982

15.70%

3.

India

980

1.40%

4.

Orang Asli

1,260

1.80%

5.

Lain-lain Bangsa

2,375

3.40%

6.

Bukan Bumiputera

1,190

1.70%

JUMLAH

69,947

100%


MAKLUMAT ASAS DAERAH MERSING

1.

JUMLAH MUKIM10 BUAH

2.

JUMLAH PENGHULU8 ORANG

3.

JUMLAH KETUA KAMPUNG23 ORANG

4.

JUMLAH FELDA12 BUAH

5.

JUMLAH MASJID32 BUAH

6.

JUMLAH SURAU40 BUAH

7.

JUMLAH MASJID KERAJAAN2 BUAH

8.

JUMLAH BALAIRAYA45 BUAH

9.

JUMLAH JKKK23 BUAH

10.

JUMLAH JKKR12 BUAH

11.

JUMLAH JKKB4 BUAH

12.

JUMLAH KETUA MASYARAKAT4 ORANG
NAMA MUKIM/PULAU
PULAU RANGKAIAN
NAMA KAMPUNG
Pulau Sibu

– Pulau Sibu Besar
– Pulau Sibu Tengah
– Pulau Papan
– Pulau Tokong Sanggoe
– Pulau Tokong Gantang
–  Pulau Tokong Condong
–  Pulau Tokong Rakit
–  Pulau Lima Besar
–  Pulau Lima Kecil
–  Pulau Hujung
–  Pulau Yu
–  Pulau Kukus

 1. Kampung Duku (Kampung Induk) Kecil
 2. Kampung Darat
 3. Kampung Lingka
 4. Kampung Tagal
 Pulau Besar– Pulau Mertang Barat
– Pulau Mertang Tengah
– Pulau Mertang Timur
– Pulau Harimau
– Pulau Mensirip
– Pulau Gual
– Pulau Kelebang Pari
– Pulau Rawa
– Pulau Hujung
– Pulau Tengah
– Pulau Besar
– Batu Sakit Mata
– Malang Tikus
 1. Kampung Duku (Kampung Induk) Kecil
 2. Kampung Atap Zing
 3. Kampung Batu Hitam
 Pulau Tinggi

– Pulau Tinggi
– Pulau Ibol
– Pulau April
– Pulau Mentigi
– Pulau Nanga Kecil
– Pulau Nanga Besar
– Pulau Penyabong
– Pulau Simbang
– Pulau Lanting
– Batu Murau
– Batu Gebang

 1. Kampung Tanjung Balang (Kampung Induk)
 2. Kampung Pasir Panjang
 3. Kampung Sebirah
 Pulau Aur– Pulau Aur
– Pulau Dayang
– Batu Lang
– Batu Pinang
 1. Kampung Teluk Berhala (Kampung Induk)
 2. Kampung Teluk Meriam
 3. Kampung Teluk Sebukang
Pulau Pemanggil– Pulau Pemanggil 1. Kampung Buau (Kampung Induk)
 2. Kampung Pak Kaleh
 3. Kampung Sulit
 4. Kampung Pontianak

Mukim

Terdapat 10 mukim di daerah Mersing. Berikut ialah mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Mersing berserta pulau-pulau rangkaian.

BIL

MUKIM

HEKTAR

EKAR

PENGHULU

KAMPUNG

1

Mersing

76,147

188,160

1

12

*2

Lenggor

62,938

155,520

3

Sembrong

59,830

147,840

4

Tenggaroh

17,871

44,160

1

11

5

Padang Endau

16,317

40,320

1

24

6

Triang

6,475

36,679

1

11

7

Jemaluang

12,432

30,717

1

11

8

Penyabong

10,101

24,956

1

6

9

Tenglu

16,058

16,000

1

16

10

Pulau-pulau

5,439

13,453

1

60

JUMLAH

283,608

700,805

8

151