IKLAN KEKOSONGAN GERAI

 1.  Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Daerah Mersing dan berminat untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di Gerai Majlis Daerah Mersing.

2.   Kekosongan yang ditawarkan ialah:

BIL

LOKASI

KEGUNAAN

KEKOSONGAN (UNIT)

NO PREMIS

SEWAAN BULANAN

1

GERAI PERSIMPANGAN JALAN DATO MD ALI, ENDAU

PELBAGAI

1

2

RM150.00

2

GERAI TERMINAL BAS DAN TEKSI, MERSING

PELBAGAI

3

12, 17 & 18

RM192.00

3

KAUNTER TIKET, TERMINAL BAS & TEKSI, MERSING

KAUNTER TIKET

2

5 & 6

RM120.00

4

KOMPLEKS NIAGA MOHD ARIS, MERSING (TINGKAT ATAS)

PELBAGAI

2

10, 15 & 16

RM130.00

5

GERAI TAMAN SERI NAKHODA, MERSING

PELBAGAI

1

1

RM200.00

6

PANTAI REKREASI AIR PAPAN

PELBAGAI

1

8

RM50.00

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1.     Warganegara Malaysia keutamaan kepada penduduk yang menetap di Daerah Mersing sahaja.
2.      Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup tawaran.
3.      Menggunakan ‘Borang Permohonan Gerai Majlis Daerah Mersing’ yang boleh didapati di Kaunter Sewaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Mersing.
4.      Hanya satu (1) borang permohonan sahaja yang DIBENARKAN bagi pasangan suami isteri.
5.      Borang permohonan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan dokumen berikut:

1.     Satu (1) Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2.     Dua (2) Keping gambar berukuran passport.

3.     Satu (1) Salinan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat yang lengkap.

6.      Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dengan betul dan lengkap. Borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.
7.      Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Ali bin Jahan atau Encik Jamaluddin bin Jema’in daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Mersing di Talian 07-7981818 atau 07-7981980.
8.      Sila Hantar borang permohonan SEBELUM ATAU PADA 14 SEPTEMBER 2021 (SELASA).

PERINGATAN:

Dimaklumkan bahawa pihak majlis telah menetapkan setiap pasangan suami isteri hanya dibenarkan menyewa atau memohon satu unit gerai sahaja.
Segala permohonan yang lengkap diisi akan diproses untuk dipanggil temuduga. Makluman temuduga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temuduga atau melalui panggilan telefon.

 

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH MERSING

30 Ogos 2021