MAJLIS DAERAH MERSING

KENYATAAN SEBUT HARGA

  1. Sebut harga adalah dipelawa sebagaimana Jadual 1 daripada Kontraktor-kontraktor tempatan bertaraf Bumiputera yang berdaftar dan memenuhi syarat-syarat sepertimana di bawah:

KERJA

PERKHIDMATAN / BEKALAN

a)    Berdaftar dengan Pejabat Majlis Daerah Mersing Bagi Tahun 2025 dan;

b)    Membawa Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang belum tamat tempoh sah laku dan;

c)    Membawa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB yang belum tamat tarikh tempoh habis perakuan dan;

d)    Membawa Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang belum tamat tarikh tempoh habis perakuan dan;

e)    Membawa Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera (Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia) yang belum tamat tempoh sah laku dan;

f)     Membawa Sijil Kontraktor Johor (SKJ) oleh Johor Centre For Construction Development (JCCD) dan;

g)    Membawa cop syarikat terkini.

a)    Berdaftar dengan Pejabat Majlis Daerah Mersing Bagi Tahun 2025 dan;

b)    Membawa Sijil Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang belum tamat tempoh sah laku dan;

c)    Membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang belum tamat tempoh sah laku dan;

d)    Membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang belum tamat tempoh sah laku dan;

e)    Membawa cop syarikat terkini.

2) Naskah Meja sebut harga boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan, Pejabat Majlis Daerah Mersing, No.1, Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim pada waktu pejabat mulai 27 Januari 2025 (Isnin) sehingga 03 Febuari 2025 (Isnin).

3. Naskah sebut harga akan diberi secara softcopy. Sila bawa PENDRIVE semasa proses pembelian.

Bayaran bagi dokumen sebut harga hendaklah dibuat dalam bentuk sepertimana senarai di bawah dan dibayar atas nama Majlis Daerah Mersing:

  1. Draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau;
  2. Kiriman wang pos (money order) atau;
  3. Wang kiriman pos berpalang (postal order) – tidak menerima wang RM1 atau;
  4. Bayaran secara dalam talian (online banking) melalui kaedah INSTANT TRANSFER Public Bank, No. Akaun : 3993187506.

WANG TUNAI ATAU CEK TIDAK DITERIMA SELARAS DENGAN KETETAPAN

1PP-PK2 PERENGGAN 8(iii) (e) (5)

Jadual 1:

Bil

BUTIR-BUTIR TAWARAN

HARGA DOKUMEN TAWARAN

GRED / KOD BIDANG /  PENGKHUSUSAN

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

1.

(MDMG.SH/03/2025)

 

KERJA-KERJA MENAIKTARAF DATARAN NIAGA DI JALAN TUN DR ISMAIL, MERSING (FASA 2)

RM50.00

(Tidak akan dikembalikan)

Gred : G2

Kategori : B DAN CE

Pengkhususan:B15 DAN CE21

Tarikh : 27 Januari 2025 (Isnin)              

Masa : 10.00 pagi

Tempat Berkumpul : Lobi Pejabat Majlis Daerah Mersing

(TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN)

 

5. Bagi sebut harga yang melibatkan taklimat dan lawatan tapak, hanya penama yang tercatat di dalam sijil sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil.

WAKIL BAGI LAWATAN TAPAK TIDAK DIBENARKAN SELARAS DENGAN KETETAPAN 1PP PK2.1 PERKARA 7 (iv) (b) (8)

6. Peraturan am untuk hadir bagi pendaftaran penyertaan ke pejabat Majlis Daerah Mersing (tidak dibenarkan masuk jika tidak dipatuhi) :

  1. Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk bagi setiap syarikat;
  2. Mengisi borang pendaftaran kehadiran.

7. Dokumen Tawaran sebut harga yang telah dicetak dan lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga pada 03 Febuari 2025 (Isnin). sebelum jam 12.00 tengah hari Yang Dipertua, Pejabat Majlis Daerah Mersing, No.1, Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim.

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH MERSING

NO 1, JALAN TUN DR. ISMAIL,

86800 MERSING,

JOHOR DARUL TA’ZIM